October 12, 2011

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TMK TAHUN 1/2011 (4)

Tajuk : Meneroka Dunia di Hujung Jari Anda
Masa : 60 minit
Standard Kandungan :
3.0 Menggunakan TMK untuk mencari, mengumpul, memproses dan menggunakan maklumat.
Standard Pembelajaran :
3.1 Mengenal pasti lokasi dan mencapai maklumat yang disimpan.
3.2 Menggunakan pelayar untuk melayari internet.
3.3 Mencari imej menggunakan enjin carian.
3.4 Menyimpan imej daripada laman web.
3.5 Menunjukkan dan menerangkan bagaimana mencapai imej yang disimpan.
Aktiviti :
1.Murid duduk dalam kumpulan
2.Murid menghidupkan suis komputer kumpulan masing-masing.
3.Murid-murid mendengar penerangan dan tunjukcara guru mengenai cara-cara mengakses internet.
4.Murid-murid mengklik internet explorer dengan bimbingan guru secara berperingkat.
5.Murid menekan pilihan ’imej’ langkah-langkah yang ditunjukkan oleh guru.
6.Murid menaip perkataan ”mata” pada ruangan ’Carian’ dengan bimbingan guru.
7.Murid dibimbing cara-cara untuk menyimpan imej daripada laman web.
8.Murid mendengar penerangan dan tunjukcara guru bagaimana mencapai imej yang disimpan.
9.Murid melaksanakan arahan yang diberi oleh guru untuk mengakses imej yang lain seperti ’hidung ’dan sebagainya dan menyimpan imej tersebut.
10.Murid yang telah menguasai akan membantu rakan yang belum menguasai kemahiran tersebut.
11.Selepas mereflkesi pelajaran dan penerapan nilai murni, murid-murid mematikan suis komputer mengikut langkah yang betul.

Pentaksiran: 1. Murid diminta menunjuk cara untuk mengakses internet, mencari dan menyimpan imej daripada laman web. Selain itu murid juga dinilai berdasarkan hasil kerja masing-masing.


No comments:

Post a Comment