October 12, 2011

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TMK TAHUN 1/2011 (4)

Tajuk : Meneroka Dunia di Hujung Jari Anda
Masa : 60 minit
Standard Kandungan :
3.0 Menggunakan TMK untuk mencari, mengumpul, memproses dan menggunakan maklumat.
Standard Pembelajaran :
3.1 Mengenal pasti lokasi dan mencapai maklumat yang disimpan.
3.2 Menggunakan pelayar untuk melayari internet.
3.3 Mencari imej menggunakan enjin carian.
3.4 Menyimpan imej daripada laman web.
3.5 Menunjukkan dan menerangkan bagaimana mencapai imej yang disimpan.
Aktiviti :
1.Murid duduk dalam kumpulan
2.Murid menghidupkan suis komputer kumpulan masing-masing.
3.Murid-murid mendengar penerangan dan tunjukcara guru mengenai cara-cara mengakses internet.
4.Murid-murid mengklik internet explorer dengan bimbingan guru secara berperingkat.
5.Murid menekan pilihan ’imej’ langkah-langkah yang ditunjukkan oleh guru.
6.Murid menaip perkataan ”mata” pada ruangan ’Carian’ dengan bimbingan guru.
7.Murid dibimbing cara-cara untuk menyimpan imej daripada laman web.
8.Murid mendengar penerangan dan tunjukcara guru bagaimana mencapai imej yang disimpan.
9.Murid melaksanakan arahan yang diberi oleh guru untuk mengakses imej yang lain seperti ’hidung ’dan sebagainya dan menyimpan imej tersebut.
10.Murid yang telah menguasai akan membantu rakan yang belum menguasai kemahiran tersebut.
11.Selepas mereflkesi pelajaran dan penerapan nilai murni, murid-murid mematikan suis komputer mengikut langkah yang betul.

Pentaksiran: 1. Murid diminta menunjuk cara untuk mengakses internet, mencari dan menyimpan imej daripada laman web. Selain itu murid juga dinilai berdasarkan hasil kerja masing-masing.


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TMK TAHUN 1/2011 (3)

Minggu 3

Tajuk : Mari Belajar ’Paint’ (Rumahku)
Masa : 60 minit
Standard Kandungan :
2.0 Memilih dan mengaplikasi sumber TMK yang bersesuaian.
5.0 Menggunakan TMK untuk penyelesaian masalah dan membuat keputusan.
7.0 Menggunakan TMK untuk mengemukakan idea dan maklumat secara kreatif dan inovatif.
Standard Pembelajaran :
2.1 Membuka dan menyimpan fail grafik, dokumen pemprosesan perkataan dan/atau perisian persembahan (Paint, Word, PowerPoint).
2.4 Menggunakan perisian grafik (Paint) untuk membuat gambar dengan menggunakan bentuk asas dan kotak warna (Color Box).
2.6 Mencetak dokumen.
5.1 Menggunakan perisian aplikasi dan sumber TMK yang
bersesuaian (Word, Powerpoint, Paint) untuk menghasilkan
tugasan yang diberi.
7.1 Menggunakan perisian grafik (Paint), pemprosesan perkataan
(Word) atau perisian persembahan (PowerPoint) secara kreatif
(memanipulasi teks, imej dan bunyi) untuk menyampaikan idea
atau konsep sedia ada.
Aktiviti :
1. Murid diperkenalkan dengan perisian grafik (Paint) dan kegunaannya.
2. Murid dibimbing untuk membuka perisian grafik (Paint).
3. Murid diperkenalkan antaramuka dan fitur-fitur yang ada pada perisian grafik (Paint).
4. Murid ditunjuk cara untuk menggunakan fitur bentuk asas dan kotak warna.
5. Murid dibimbing langkah demi langkah untuk melukis bentuk asas menggunakan fitur bentuk asas dan mewarna dan menukar warna bentuk menggunakan fitur kotak warna.
6. Murid dibimbing untuk menyimpan dan membuka fail yang telah disimpan.
7. Murid diberi tugasan untuk menghasilkan lukisan bertajuk kenderaan masa hadapan dan dimintan menyimpan hasil kerja.
8. Murid mencetak hasil kerja dan dikongsikan di dalam bilik darjah bersama rakan-rakan.

Pentaksiran: Murid diminta menunjuk cara untuk membuka perisian, melukis bentuk menggunakan fitur bentuk asas, mewarna dan menukar warna menggunakan fitur kotak warna, menyimpan dan membuka fail yang telah disimpan.
Selain itu murid juga dinilai berdasarkan hasil kerja masing-masing.




October 07, 2011

Memory-music box

Piano version

Music Box

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TMK TAHUN 1/2011 (2)

Minggu 2

Tajuk : Komputer Pertama Saya
Masa : 60 minit
Standard Kandungan : 1.0 Menggunakan TMK secara bertanggungjawab dan beretika.
Standard Pembelajaran : 1.2 Menghidupkan dan mematikan suis (turn on / turn off)mengikut tatacara yang betul.
1.3 Mengenal pasti kedudukan kekunci abjad dan nombor.
1.4 Menyatakan fungsi kekunci Enter, Spacebar, Backspace, dan Delete.
1.5 Menggunakan tetikus untuk ‘Klik’ dan ‘Klik dua kali”.
1.6 Menunjukkan sikap yang positif semasa menggunakan TMK.
1.7 Bekerjasama dengan rakan sekelas semasa menggunakan komputer.

Aktiviti :
1. Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diminta
supaya bekerjasama menggunakan komputer secara bertanggungjawab.
2. Murid diperkenalkan perkakasan komputer yang sedia ada di
dalam makmal dengan menyebut nama perkakasan tersebut dan
fungsinya.
3. Murid diminta memegang perkakasan komputer dan menyebut
namanya bersama-sama guru.
4 Murid ditunjukkan cara-cara membuka dan mematikan suis
komputer.
5. Murid ditunjukkan oleh guru kedudukan kekunci abjad dan nombor serta kedudukan
penjarian pada papan kekunci semasa menggunakan komputer.
6. Murid diberi penerangan fungsi tetikus “klik” dan ‘klik dua kali’.
7. Murid cuba menekan tetikus dengan bimbingan guru.
8. Murid diminta menutup komputer dan suis dengan cara yang betul.

Pentaksiran:
1.Murid boleh menamakan dan menyatakan fungsi peralatan/ bahagian komputer dengan betul.



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TMK TAHUN 1/2011 (1)

Minggu 1.

Tajuk : Komputer Pertama Saya
Masa : 60 minit
Standard Kandungan : 1.0 Menggunakan TMK secara bertanggungjawab dan beretika.
Standard Pembelajaran : 1.1 Mengenal pasti bahagian komputer pembelajaran
(monitor, tetikus, papan kekunci, unit sistem).
1.2 Menghidupkan dan mematikan suis (turn on / turn off)mengikut tatacara yang betul.

1.3 Mengenal pasti kedudukan kekunci abjad dan nombor.
1.4 Menyatakan fungsi kekunci Enter, Spacebar, Backspace, dan Delete.
1.5 Menggunakan tetikus untuk ‘Klik’ dan ‘Klik dua kali”.
1.6 Menunjukkan sikap yang positif semasa menggunakan TMK.
1.7 Bekerjasama dengan rakan sekelas semasa menggunakan komputer.

Aktiviti :
1. Murid ditanya nama tempat yang dibawa oleh guru(Makmal Komputer)
2. Murid diterangkan tentang peraturan di dalam makmal komputer.
3. Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diminta supaya bekerjasama menggunakan komputer secara bertanggungjawab.
4. Murid diperkenalkan perkakasan komputer yang sedia ada di dalam makmal dengan menyebut nama perkakasan tersebut dan fungsinya.
5. Murid diminta memegang perkakasan komputer dan menyebut namanya bersama-sama guru.
6. Murid ditunjukkan cara-cara membuka dan mematikan suis komputer.
7. Murid ditunjukkan oleh guru kedudukan kekunci abjad dan nombor serta kedudukan penjarian pada papan kekunci semasa menggunakan komputer.
8. Murid diberi penerangan fungsi tetikus “klik” dan ‘klik dua kali’.
9. Murid cuba menekan tetikus dengan bimbingan guru.
10.Murid diminta menutup komputer dan suis dengan cara yang betul.

Pentaksiran: 1.Murid boleh menamakan bahagian-bahagian komputer dengan betul.

最遥远的距离-苏有朋-最新单曲

Lam Fung-love MV