November 13, 2011

Dunia Sains dan Teknologi =Mata untuk melihat

Disiplin ilmu
Dunia Sains dan Teknologi
Topik Mata untuk melihat
Masa 2 waktu
Standard Kandungan 5.1 – Mengaplikasikan pengetahuan tentang pelbagai warna.
Standard Pembelajaran 5.1.1 – Mengenalpasti bahagian tubuh manusia yang berkaitan dengan deria penglihatan.
Aktiviti
1. Murid melihat gambar/tayangan Power Point yang ditunjukkan oleh guru. Murid dikehendaki membuka dan menutup mata mereka.
2. Guru menyoal samada mereka boleh atau tidak melihat gambar yang ditunjukkan jika menutup mata.
3. Guru menerangkan mata merupakan salah satu deria yang dimiliki oleh manusia.
4. Guru memaparkan gambar di skrin dengan menggunakan LCD. Murid diberi 30 saat untuk mengingati gambar-gambar yang dipaparkan. Setelah paparan dipadam, murid dikehendaki menyebut dan menyenaraikan objek yang telah dilihat tadi.
5. Guru mengaitkan objek yang dilihat dengan deria penglihatan dan bukannya organ deria yang lain.
6. Guru memaparkan sekali lagi paparan di skrin dan meminta murid menyebutkan gambar yang tidak disenaraikan.
7. Guru meminta dua orang murid tampil kehadapan. Seorang daripadanya ditutupkan matanya.
8. Kedua-dua murid tersebut dikehendaki berjalan kearah meja guru dan murid lain menilai dan membuat perbandingan berdasarkan akrtiviti tersebut.
9. Murid membincangkan tentang kepentingan deria penglihatan dalam kehidupan.
10. Murid membuat latihan dalam lembaran kerja.
11. Rumusan.
Pentaksiran Lisan, bertulis
Catatan EMK

November 07, 2011

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TMK TAHUN 1/2011(6)

Tajuk : Mari belajar MS Word
Masa : 60 Minit
Standard Kandungan :
2.0: Murid memilih dan mengaplikasikan sumber TMK yang bersesuaian
4.0: Murid menggunakan TMK untuk mendapatkan dan berkongsi makluat
Standard Pembelajaran :
2.1: Membuka dan menyimpan fail grafik, dokumen Pemprosesan perkataan dan perisian persembahan.
2.2: Menaip teks menggunakan pelbagai saiz dan font ala satu Halaman dengan menggunakan pemprosesan perkataan(MS Word)
2.3: Menggunakan pemprosesan perkataan (MS Word) untuk menghasilkan teks berserta imej dalam satu halaman
4.1: Menyampaikan idea menggunakan pemprosesan perkataan(MS Word) dan perisian persembahan

Aktiviti :
1. Murid melihat paparan di deskop komputer masing-masing.
2. Murid diperkenalkan ikon MS Word dan cara membukanya dengan membuat klik padanya.
3. Murid membuka MS Word dan menaip nama mereka.
4. Guru akan memaparkan beberapa ayat yang telah sedia ditaip melalui skrin.
5. Murid akan menaip semula ayat-ayat tersebut serta memasukkan gambar yang sesuai.
6. Guru akan menunjukkan cara untuk menyimpan fail tersebut dalam folder yang sedia ada.
7. Murid akan menyimpan fail yang ditaip dalam folder yang sedia ada.
8. Guru meminta murid mengemaskan teks yang ditaip dengan menggunakan font serta saiz font yang diberikan.
9. Murid akan memasukkan imej yang sesuai kepada teks yang telah ditaip.
10. Muird diminta mengemaskan teks yang ditaip .
Murid dapat menyediakan teks berserta grafik yang
bersesuain dengan tajuk
Pentaksiran:
1.Murid tunjuk cara memulakan aplikasi MS Word melalui ikon yang sedia ada
2.Murid tunjuk cara menaip teks yang dipaparkan
3.Murid tunjuk cara memasukkan grafik dalam teks

November 05, 2011

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TMK TAHUN 1/2011(5)

Tajuk : Mari Belajar MS Word
Masa : 60 minit
Standard Kandungan :
1.0 Menggunakan TMK secara bertanggungjawab dan beretika.
2.0 Memilih dan mengaplikasikan sumber TMK yang bersesuaian.

Standard Pembelajaran :
1.3 Mengenal pasti kedudukan kekunci abjad dan nombor.
1.4 Menyatakan fungsi kekunci Enter, Space Bar,Backspace dan Delete.
2.1 Membuka dan menyimpan fail grafik, dokumen pemprosesan perkataan dan perisian
persembahan(MS Word).
2.2 Menaip teks menggunakan pelbagai saiz dan fon dalam satu halaman dengan
menggunakan pemprosesan perkataan MS Word.
2.3 Menggunakan pemprosesan perkataan (MS Word)untuk menghasilkan teks berserta
grafik dalam satu halaman.


Aktiviti :
1.Guru menghidupkan bekalan kuasa dan komputer murid.
2.Murid mendengar penerangan dan tunjukcara oleh guru cara memulakan aplikasi MS Word.
3.Guru menerangkan mengenai antara muka MS Word dan menerangkan menu file.
4.Murid mengenalpasti kekunci dan fungsi pada papan kekunci.
5.Murid menaipkan satu perkataan mudah.
6.Murid mengaplikasikan fungsi papan kekunci semasa menaip ayat tersebut.
7.Guru menunjuk cara menyisip grafik dari clip art.
8.Murid menyisip grafik dengan bimbingan guru.
9.Murid diminta menyimpan hasil kerja di dalam My Document dengan bimbingan guru.

Pentaksiran:
1.Murid tunjuk dan terangkan cara memulakan aplikasi MS Word.
Murid tunjuk dan menerangkan cara menyisip gambar.