October 07, 2011

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TMK TAHUN 1/2011 (2)

Minggu 2

Tajuk : Komputer Pertama Saya
Masa : 60 minit
Standard Kandungan : 1.0 Menggunakan TMK secara bertanggungjawab dan beretika.
Standard Pembelajaran : 1.2 Menghidupkan dan mematikan suis (turn on / turn off)mengikut tatacara yang betul.
1.3 Mengenal pasti kedudukan kekunci abjad dan nombor.
1.4 Menyatakan fungsi kekunci Enter, Spacebar, Backspace, dan Delete.
1.5 Menggunakan tetikus untuk ‘Klik’ dan ‘Klik dua kali”.
1.6 Menunjukkan sikap yang positif semasa menggunakan TMK.
1.7 Bekerjasama dengan rakan sekelas semasa menggunakan komputer.

Aktiviti :
1. Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diminta
supaya bekerjasama menggunakan komputer secara bertanggungjawab.
2. Murid diperkenalkan perkakasan komputer yang sedia ada di
dalam makmal dengan menyebut nama perkakasan tersebut dan
fungsinya.
3. Murid diminta memegang perkakasan komputer dan menyebut
namanya bersama-sama guru.
4 Murid ditunjukkan cara-cara membuka dan mematikan suis
komputer.
5. Murid ditunjukkan oleh guru kedudukan kekunci abjad dan nombor serta kedudukan
penjarian pada papan kekunci semasa menggunakan komputer.
6. Murid diberi penerangan fungsi tetikus “klik” dan ‘klik dua kali’.
7. Murid cuba menekan tetikus dengan bimbingan guru.
8. Murid diminta menutup komputer dan suis dengan cara yang betul.

Pentaksiran:
1.Murid boleh menamakan dan menyatakan fungsi peralatan/ bahagian komputer dengan betul.



No comments:

Post a Comment