Minggu 3
Tajuk : Mari Belajar ’Paint’ (Rumahku)
Masa : 60 minit
Standard Kandungan :
2.0 Memilih dan mengaplikasi sumber TMK yang bersesuaian.
5.0 Menggunakan TMK untuk penyelesaian masalah dan membuat keputusan.
7.0 Menggunakan TMK untuk mengemukakan idea dan maklumat secara kreatif dan inovatif.
Standard Pembelajaran :
2.1 Membuka dan menyimpan fail grafik, dokumen pemprosesan perkataan dan/atau perisian persembahan (Paint, Word, PowerPoint).
2.4 Menggunakan perisian grafik (Paint) untuk membuat gambar dengan menggunakan bentuk asas dan kotak warna (Color Box).
2.6 Mencetak dokumen.
5.1 Menggunakan perisian aplikasi dan sumber TMK yang
bersesuaian (Word, Powerpoint, Paint) untuk menghasilkan
tugasan yang diberi.
7.1 Menggunakan perisian grafik (Paint), pemprosesan perkataan
(Word) atau perisian persembahan (PowerPoint) secara kreatif
(memanipulasi teks, imej dan bunyi) untuk menyampaikan idea
atau konsep sedia ada.
Aktiviti :
1. Murid diperkenalkan dengan perisian grafik (Paint) dan kegunaannya.
2. Murid dibimbing untuk membuka perisian grafik (Paint).
3. Murid diperkenalkan antaramuka dan fitur-fitur yang ada pada perisian grafik (Paint).
4. Murid ditunjuk cara untuk menggunakan fitur bentuk asas dan kotak warna.
5. Murid dibimbing langkah demi langkah untuk melukis bentuk asas menggunakan fitur bentuk asas dan mewarna dan menukar warna bentuk menggunakan fitur kotak warna.
6. Murid dibimbing untuk menyimpan dan membuka fail yang telah disimpan.
7. Murid diberi tugasan untuk menghasilkan lukisan bertajuk kenderaan masa hadapan dan dimintan menyimpan hasil kerja.
8. Murid mencetak hasil kerja dan dikongsikan di dalam bilik darjah bersama rakan-rakan.
Pentaksiran: Murid diminta menunjuk cara untuk membuka perisian, melukis bentuk menggunakan fitur bentuk asas, mewarna dan menukar warna menggunakan fitur kotak warna, menyimpan dan membuka fail yang telah disimpan.
Selain itu murid juga dinilai berdasarkan hasil kerja masing-masing.
No comments:
Post a Comment