November 05, 2011

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TMK TAHUN 1/2011(5)

Tajuk : Mari Belajar MS Word
Masa : 60 minit
Standard Kandungan :
1.0 Menggunakan TMK secara bertanggungjawab dan beretika.
2.0 Memilih dan mengaplikasikan sumber TMK yang bersesuaian.

Standard Pembelajaran :
1.3 Mengenal pasti kedudukan kekunci abjad dan nombor.
1.4 Menyatakan fungsi kekunci Enter, Space Bar,Backspace dan Delete.
2.1 Membuka dan menyimpan fail grafik, dokumen pemprosesan perkataan dan perisian
persembahan(MS Word).
2.2 Menaip teks menggunakan pelbagai saiz dan fon dalam satu halaman dengan
menggunakan pemprosesan perkataan MS Word.
2.3 Menggunakan pemprosesan perkataan (MS Word)untuk menghasilkan teks berserta
grafik dalam satu halaman.


Aktiviti :
1.Guru menghidupkan bekalan kuasa dan komputer murid.
2.Murid mendengar penerangan dan tunjukcara oleh guru cara memulakan aplikasi MS Word.
3.Guru menerangkan mengenai antara muka MS Word dan menerangkan menu file.
4.Murid mengenalpasti kekunci dan fungsi pada papan kekunci.
5.Murid menaipkan satu perkataan mudah.
6.Murid mengaplikasikan fungsi papan kekunci semasa menaip ayat tersebut.
7.Guru menunjuk cara menyisip grafik dari clip art.
8.Murid menyisip grafik dengan bimbingan guru.
9.Murid diminta menyimpan hasil kerja di dalam My Document dengan bimbingan guru.

Pentaksiran:
1.Murid tunjuk dan terangkan cara memulakan aplikasi MS Word.
Murid tunjuk dan menerangkan cara menyisip gambar.





No comments:

Post a Comment