Disiplin ilmu
Dunia Sains dan Teknologi
Topik Mata untuk melihat
Masa 2 waktu
Standard Kandungan 5.1 – Mengaplikasikan pengetahuan tentang pelbagai warna.
Standard Pembelajaran 5.1.1 – Mengenalpasti bahagian tubuh manusia yang berkaitan dengan deria penglihatan.
Aktiviti
1. Murid melihat gambar/tayangan Power Point yang ditunjukkan oleh guru. Murid dikehendaki membuka dan menutup mata mereka.
2. Guru menyoal samada mereka boleh atau tidak melihat gambar yang ditunjukkan jika menutup mata.
3. Guru menerangkan mata merupakan salah satu deria yang dimiliki oleh manusia.
4. Guru memaparkan gambar di skrin dengan menggunakan LCD. Murid diberi 30 saat untuk mengingati gambar-gambar yang dipaparkan. Setelah paparan dipadam, murid dikehendaki menyebut dan menyenaraikan objek yang telah dilihat tadi.
5. Guru mengaitkan objek yang dilihat dengan deria penglihatan dan bukannya organ deria yang lain.
6. Guru memaparkan sekali lagi paparan di skrin dan meminta murid menyebutkan gambar yang tidak disenaraikan.
7. Guru meminta dua orang murid tampil kehadapan. Seorang daripadanya ditutupkan matanya.
8. Kedua-dua murid tersebut dikehendaki berjalan kearah meja guru dan murid lain menilai dan membuat perbandingan berdasarkan akrtiviti tersebut.
9. Murid membincangkan tentang kepentingan deria penglihatan dalam kehidupan.
10. Murid membuat latihan dalam lembaran kerja.
11. Rumusan.
Pentaksiran Lisan, bertulis
Catatan EMK
No comments:
Post a Comment